Tuesday, August 25, 2009

PAS menang lagi di N11 Permatang Pasir



Berdegup jantung tatkala menunggu waktu berbuka di surau petang tadi... "PAS kalah 100 undi" ucap sahabat ku yang orang kuat PAS kawasan ku..Termenggu kejap.. tiada apa dapat di kata.. hilang selera sekejap.. macam mana majority lebih 5000 boleh kalah ni. Tapi dalam hati " wamakaru wamaka ra ALLAH, wa Allah hairu makirin" tekiang kata -kata uztaz.

Dalam seribu membisu di petang Ramadan ini bersama-sama sahabat berbuka ku di Surau Nurul Hidayah Batu 3. " Takbirrrrr!" laungan Sukri [hardcore Pas Batu 3] di pintu pagar ,, semua menoleh sambil di sambut "ALLAH AKBAR" serentak . "Pas menang majority 130 undi" katanya.. Alhamdulillah....

Walaupun pada hakikatnya PAS menang lebih besar dari itu selepas di istihar jam 8 malam.

No comments:

Post a Comment