Thursday, August 27, 2009

Procedure Merotan Dalam Islam.

•Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
•Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
•Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.
•Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
•Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
•Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
•Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
•Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.
•Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.
•Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Kena Makan Harimau.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:15 PM

Renungan

8:15 AM

Wednesday, August 26, 2009

BN dakwa ada pengundi hantu?




Sekali lagi kenyataan yang sungguh lucu dari No 2 dalam buletin TV3 sebentar tadi. Kesian, sekarang baru terasa, bila dah kena batang hidung sendiri baru sedar. Kalau dulu PAS sering mengwar-warkan pengundi hantu kini Be-end pulak cakap cam tu. "Kita akan meminta SPR dan ketua bahagian Umno Permatang Pasir menyemak kewujudan lebih kurang 3000 orang pengundi luar yang berdaftar di Dun Permatang Pasir". KahKahkahkahkah...
Nak tanya sikit lah:
1] SPR itu siapa yang lantik?
2] SPR itu siapa yang bagi gaji?

Ni kena report kat SPRM ni takut ada unsur penyelewengan dalam SPR atau SPR dah berpaling tadah? Lu fikirla sendiri...

Tuesday, August 25, 2009

PAS menang lagi di N11 Permatang Pasir



Berdegup jantung tatkala menunggu waktu berbuka di surau petang tadi... "PAS kalah 100 undi" ucap sahabat ku yang orang kuat PAS kawasan ku..Termenggu kejap.. tiada apa dapat di kata.. hilang selera sekejap.. macam mana majority lebih 5000 boleh kalah ni. Tapi dalam hati " wamakaru wamaka ra ALLAH, wa Allah hairu makirin" tekiang kata -kata uztaz.

Dalam seribu membisu di petang Ramadan ini bersama-sama sahabat berbuka ku di Surau Nurul Hidayah Batu 3. " Takbirrrrr!" laungan Sukri [hardcore Pas Batu 3] di pintu pagar ,, semua menoleh sambil di sambut "ALLAH AKBAR" serentak . "Pas menang majority 130 undi" katanya.. Alhamdulillah....

Walaupun pada hakikatnya PAS menang lebih besar dari itu selepas di istihar jam 8 malam.

Monday, August 24, 2009

Takbir Raya




Terlanjur lepak-lepak tadi ngan member, kenang memory lama masing2 kena jadi 'kepala' dalam baraan [ ziarah malam raya beramai2] apalagi kantoi la..maklum la..tak practice pas tu main balun je... kena tengah jam pulak tu..berpeluh muka,,,malu la jugak kejap..mujur member support. Aaaa. untuk tahun kali ni nak cuba pratik dari sekarang...

Kartika Oh Kartika...


"Al-Maeda [5:91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"

Dulu aku bercita2 ingin menjadi seorang pegawai tentera dan aku hampir menjadinya, namun setelah aku memasuki Kadet Tentera barulah aku sedari untuk menjadi seorang pegawai aku harus meneguk air arak ini....
Dan atas dasar ayat inilah aku kini rela menjadi buruh kilang, namun untuk menjadi pegawai tentera dengan meneguknya aku tak sanggup malah apa jua wangian, peralatan yang tiada sah halanya aku jauhi..Pernah tak kita check setiap peralatan harian kita seperti colgate, sabun mandi, syampu rambut, minyak rambut, gincu, alatan make-up, bedak, foundation istri2 kite ada ke tidak chop halal?
Memang mudah bagi kite ..bukak mulut dan mengata itu-ini sedangkan apakah kita sudah 100% bebas dari bahan haram ini.. pernahkah kita fikir wangian yang disembur di baju kita itu sah untuk dibawa solat...lu fikir la sendiri..

Sunday, August 23, 2009

Menjelang PRK Permatang Pasir


Permatang Pasir: 23.Ogos.2009.. Lucu, gelihati, statement yang kuar dari mulut No 2,
Dalam sibuk persiapan ke surau untuk solat Terawih, terdengar dalam Buletin TV3 Dato seri mencabar pembangkang Pulau Pinang bentangkan apakah pembangunan yang telah di buat untuk membantu orang miskin di pulau itu... kah..kah..kah..kah.. baru aku tahu rupe-rupenya masih ada orang miskin kat Pulau Pinang walaupun sebelum ini diperintah lebih kurang 50 tahun di bawah pimpinan barang naik,bile naik? baru naik,berapa naik? ....... lu fikirla sendiri.

Friday, August 21, 2009

Durian Tembaga

Tat kala bulan puasa ni teringin pulak aku nak makan durian tembaga. Teringat akan aku pokok durian tembaga belakang rumah atuk ku tapi kini hanya tinggal kenangan... dari kecil aku di beri nakan isinya dan sehingga kini kalau bukan durian tembaga tak payah hidang pun tak pe.. D24 OK. .

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Dalam diam tak diam, dah hampir setahun rupanya dan kini Ramadan muncul kembali. Kalau tahun lalu aku menyambutnya di perantauan orang dengan keadaan ala kadar sahaja dan aku berharap kali ini tidak akan berlaku lagi.. teringat aku berbuka hanya dengan kopi o dan seketul karipap sahaja bersama dengan kawan sebangsa ku dan seorang lagi muallaf berbangsa cindia [cina + India]. Hanya dapat meneguk sirap ais dan nasi setelah pulang ke hotel ku jam 12 malam... namun atas dasar kerja ku anggap ini ..biasa je.. byk lagi orang lebih susah dari kita...
PENGUMUMAN: Tarikh melihat anak bulan tahun ini jatuh pada hari Khamis 20.Ogos.2009 dan di jangkakan awal puasa ialah pada 22.Ogos.2009 bersamaan dengan hari Sabtu.. Dan pada tahun ini jumlah hari berpuasa mungkin hanya 29 hari sahaja [ tahun lompat ] dan Hari RAya jatuh pada 20.sept.2009... sekian .

Monday, August 17, 2009

Drift at MAEP Mardi Serdang.



















































































































































































































Bersempana Dengan MICCOS 2009 , pihak penganjur telah mengadakan acara drift show di tempat letak kereta MAEP bersebelahan dengan dewan pameran tapak ekspo Mardi. Di langsungkan pada hari sabtu dan ahad [15-16.August.2009].

Saturday, August 15, 2009

Drift at Mardi Serdang

Kepada mat-mat drift jom pakat turun ramai2.....